<body>
online            
Reach Out !! Believe and Serve with Love !!    
   Home   About Us   Organisasi KBP   Forum   Photo Album   Guestbook   Links   Games   





Seminar Ekaristi/Corpus Christi

June 16, 2005 | Activity Report | Leave a Comment

Disediakan Oleh Dawn WM

Pada 26 Mei 2005 yang lalu, Seminar Ekaristi telah dijalankan bertempat di Dewan St. Michael, Penampang pada jam 7.30 malam yang dikendalikan oleh Sr Genevie. Ia berlangsung selama 2 hari iaItu 26 dan 27 Mei 2005.

Seminar tersebut menjelaskan tentang perjalanan Misa sehingga ke perayaan kemuncaknya iaitu Perayaan Ekaristi. Ia amat sesuai dengan tema seruhan Mendiang Bapa Uskup John Paul II iaitu “Ekaristi, Cahaya Kehidupan di Millenium Baru” yang bermula 29 Oktober 2004 – 29 Oktober 2005. (Read the full post…)



Perayaan Misa Kaamatan Peringkat Paroki Penampang (2 Mei 2005)

June 12, 2005 | Activity Report | Leave a Comment

Disediakan Oleh LMJ

Pada tahun ini, Chapel St Peter, Tombovo diberi penghormatan sebagai tuan rumah untuk menganjurkan perayaan Misa kaamatan peringkat Paroki Penampang. Msgr Primus Jouil telah datang untuk merayakan misa tersebut. Belia HNCT turut sama-sama menjayakan misa tersebut dengan bergabung koir bersama dengan belia lain zon penampang. Tidak ketinggalan juga belia HNCT turut mempersembahkan tarian sumazau untuk ‘kapataakan’. Sebelum penutupan misa, Msgr Primus Jouil telah mengumumkan bahawa St. Simon, Duvanson akan menjadi tuan rumah untuk Perayaan Misa Kaamatan Peringkat Paroki Penampang pada tahun hadapan. Selepas misa, acara diteruskan di dewan dengan nyanyian koir oleh gabungan beberapa zon.
(Read the full post…)



Corpus Christi Di Hnct (29 Mei 2005)

Disediakan Oleh May D

Pada 29 Mei 2005 bersamaan dengan hari Ahad, Gereja Holy Nativity Terawi juga turut merayakan Misa Corpus Christi. Selepas upacara komuni, perarakan dilakukan bersama umat dengan 4 orang wakil gereja telah membawa ‘canopy’ sehingga ke grotto. Selepas itu, umat kembali semula ke gereja untuk penutupan misa.

Image hosted by Photobucket.com

Image hosted by Photobucket.com



Perayaan Misa Kaamatan Peringkat Diosis Kota Kinabalu Paroki St Joseph, Papar (23 Mei 2005)

Oleh LMJ & BJr.

Pada tahun ini, Paroki St Joseph Papar telah diberi penghormatan menjadi tuan rumah untuk merayakan Misa Kaamatan Peringkat Diosis Kota Kinabalu yang bertemakan: “Bertemu Kristus Dalam Budaya”. Kira-kira pada jam 10 pagi, gereja sudah penuh dibanjiri dengan umat dari seluruh Diosis Kota Kinabalu.

Pembukaan upacara dimulakan dengan perarakan paderi dari seluruh Diosis Kota Kinabalu yang diketuai oleh Bishop John Lee dan diiringi dengan Tarian Sumazau Papar oleh tuan rumah. Belia HNCT juga tidak ketinggalan untuk terlibat di dalam koir dan tarian Sumazau untuk penutupan Misa. Sebelum selesai upacara Misa, Bishop John Lee telah mengumumkan bahawa Kaamatan Peringkat Diosis Kota Kinabalu pada tahun 2006 ialah di Paroki St Dominic, Lahad Datu iaitu gereja dimana Father Nicholas Stephen bertugas. (Read the full post…)



Silver Jubilee Presbyteral Ordination Msgr. Primus Jouil 30 April 2005 (01 Mei 1980-2005)

Disediakan Oleh Byxter Jr. M.

Image hosted by Photobucket.com

Bertempat di gereja St. Michael, Penampang baru-baru ini telah berlangsung satu perayaan Ekaristi untuk merayakan Jubili Perak Kepaderian Msgr. Primus Jouil iaitu yang ke-25. (Read the full post…)



Lawatan Pastoral Tahunan Ke Kg. Bisuang

April 16, 2005 | Activity Report | Leave a Comment

Disediakan oleh Cindy Eddie

Seramai 25 peserta belia dari beberapa zon Penampang termasuk beberapa orang dari Belia HNCT dan paroki Tuaran telah menyertai Lawatan Pastoral Tahunan ke Kg. Bisuang yang dipimpin oleh Rev.Fr. Jimsy Julius pada 9-10hb April 2005 . Penglibatan peserta dalam lawatan ini bukan sahaja memberi sokongan kepada paderi kita dalam pastoral ministrinya tetapi ia juga memberi peluang kepada para belia untuk beramah mesra dan mengeratkan cinta kasih dengan penduduk-penduduk di sana. (Read the full post…)



«« Older Post